Guru Pembina Negara Bangsa.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT yang memberikan kekuatan kepada kita semua untuk menjalani kehidupan sambil menambah pahala untuk menjadi bekalan menuju ke akhirat kelak.

Hari ini hari Ahad, 16 Mei adalah Sambutan Hari Guru dalam Malaysia. Temanya sama macam tahun lepas Guru Pembina Negara Bangsa. Sambutan peringkat kebangsaan akan di adakan di negeri Pahang (kebetulan pula senegeri tempat kelahiran PM kita).

Tetapi apa timbul dalam benak fikiran aku ini ialah berapa ramaikah guru2 atau masyarakat yang faham tentang maksud NEGARA BANGSA itu?

Menurut apa yang aku sedut dari WIKIPEDIA, negara bangsa ialah:

Negara bangsa ialah satu konsep atau bentuk kenegaraan yang memperoleh pengesahan politiknya dengan menjadi sebuah entiti berdaulat bagi satu-satu bangsa sebagai sebuah (unit) wilayah yang berdaulat. “Negara” (atau negeri) ialah entiti politik dan geopolitik, manakala “bangsa” ialah entiti budaya dan/atau etnik. Istilah “negara bangsa” menandakan bahawa kedua-duanya (negara dan bangsa) sebagai sama, dan ini membezakannya dengan bentuk kenegaraan yang lain, yang telah wujud sebelumnya. Jika berjaya dilaksanakan, ia menandakan bahawa rakyatnya berkongsi satu bahasa, budaya dan nilai – yang bukan merupakan ciri-ciri negara yang telah wujud sebelumnya. Sebuah dunia dengan negara-negara bangsa juga akan melaksanakan tuntutan terhadap penentuan nasib sendiri dan autonomi bagi setiap bangsa, yang menjadi fokus utama fahaman
nasionalisme.

Jadi konsep negara bangsa ialah “satu”. Semua “satu” tiada perbezaan. Dalam konteks Malaysia, negara bangsa ialah satu percubaan untuk menjadi Malaysia ini sebagai bangsa Malaysia (mungkin tiada lagi bangsa melayu, cina, india dll), tetapi kita akan di kenal sebagai bangsa Malaysia…tak kisah le korang melayu ke, cina ke, india, bumiputera ke apa2 ke, masyarakat dari luar negara akan mengenali korang sebagai BANGSA MALAYSIA. Semuanya akan cuba digabungkan ke dalam satu wadah…contohnya kebudayaan…budaya melayu, cina, india, bumiputera akan cuba digabungkan.

Maksudnya, walaupun Malaysia mempunyai berbagai2 etnik, bahasa, budaya, makanan dan minuman, walaupun berbeza tetapi kita tetap dikenal sebagai bangsa MALAYSIA.

Antara contoh negara bangsa ialah Jepun. Amerika Syarikat pun sebenarnya dalam proses menuju ke arah negara bangsa di mana mereka akan di kenal sebagai bangsa Amerika walaupun sebenarnya mereka ni orang negro, mexico, cina dll.

Kesimpulannya tugas cikgu ni boleh dikategorikan sebagai “tugas besar”. Guru bukan hanya sekadar mengajar tetapi mendidik akhlak. Tugas Guru Sebagai Pembina Negara adalah tugas besar.

SELAMAT HARI GURU…terima kasih cikgu.

Apa yang aku tulis ni hanyalah pendapat aku sahaja. Kalau ada yang nak tambah atau komen2 boleh pi ke facebook gue http://www.facebook.com/dhomazril

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s