Tulisan Dari Pulau Sebatik,Tawau, Malaysia

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya aku masih mampu menulis dalam “wordpress” aku ini, walaupun aku sekarang ini berada di Pulau Sebatik, Tawau dengan keadaan broadband yang kurang mantap (tiada line 3G).

Sekarang ini sibuk dalam tv tentang serangan komando Israel yang menyerang dan menawan kapal Mavi Marmara yang dimengandungi aktivis bantuan ke Gaza termasuklah 12 orang aktivis dari Malaysia. Dalam tv kata terdapat 9 aktivis terbunuh.

Kali ini aku nak berkongsi dengan sesiapa yang terbaca blog aku ini salah satu cerita pasal Bani Israel yang Allah SWT ceritakan dalam Al-Quran.

 

Surah Al-Isra’. Ayat 4-8:

4. Dan Kami tetapkan terhadap Bani Israel dalam Kitab itu, “Kamu pasti akan berbuat kerosakan di bumi ini dua kali, dan pasti kamu akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar”.

5. Maka apabila datang hukuman bagi (kejahatan) yang pertama dari kedua (kejahatan) itu datang, Kami datangkan kepadamu hamba-hamba Kami yang perkasa, lalu mereka bermaharajalela di kampung-kampung. Dan itulah ketetapan yang pasti terlaksana.

6. Kemudian Kami berikan kepadamu giliran untuk mengalahkan mereka, Kami membantu dengan harta kekayaan dan anak-anak, dan kami jadikan kamu kelompok yang besar.

7. Jika kamu berbuat baik (bererti) kamu berbuat baik untuk dirimu sendiri. Dan jika kamu berbuat jahat, maka (kerugian kejahatan) itu untuk dirimu sendiri. Apabila datang saat hukuman (kejahatan) yang kedua, (Kami bangkitkan musuhmu) untuk menyuramkan wajahmu lalu mereka masuk ke dalam masjid (Masjid Al-Aqsa), sebagaimana ketika mereka memasukinya pertama kali dan mereka membinasakan apa sahaja yang mereka kuasai.

8. Mudah-mudahan Tuhan kamu melimpahkan rahmat kepada kamu; tetapi jika kamu kembali (melakukan kejahatan), niscaya Kami kembali (mengazabmu). Dan Kami jadikan neraka Jahannam penjara bagi orang kafir.

Berdasarkan dari terjemahan ayat Quran di atas tu, Allah telah berfirman bahawa Bani Israel akan melakukan kejahatan besar sebanyak 2 kali. Kali pertama Allah telah menghukum mereka, jika ikut antara buku2 yang telah aku baca, Bani Israel ini pernah diserang dan ditawan oleh kerajaan Mesopotamia/Assyiria (aku pun tak pasti) aku baca buku Yakjuj Makjuj: Bencana Dari Sebalik Gunung, yang menyebab 10 suku dari 12 Bani Israel telah hilang.

Selepas Allah telah mengurniakan memberi kemenangan dan kejayaan kepada Bani Israel…kita lihat sekarang ini hampir kesemua bidang akademik atau teknologi dipegang oleh Yahudi.

Akhir kalam…korang fikirkan sendiri…ada komen…sila tulis kat facebook aku. http://www.facebook.com/dhomazril atau taip Mohd Azril.

Sekian..terima kasih.

One response to “Tulisan Dari Pulau Sebatik,Tawau, Malaysia

  1. salam Mohd Azril,

    Saya sedang merancang perjalanan ke Borneo pada awal tahun depan dan tertarik untuk ke Pulau Sebatik. Mohon informasi dari anda bagaimana ke pulau tersebut dari Tawau, kos perjalanan dan tempat penginapan di sana.

    Terima kasih

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s