Apa itu GDI?

Assalamulaikum w.b.t dan selamat sejahtera. Syukur Alhamdulillah, kerana dengan limpah kurnia-Nya maka kita sama-sama dapat menghirup udara dan meneruskan kehidupan sambil melakukan kebaikan-kebaikan yang akan menjadi bekalan untuk menuju ke tempat yang kekal abadi. J

Sudah hampir 2 minggu, para murid dan guru bercuti, dalam cuti ini kami mengambil kesempatan pulang ke kampung di Pulau Sebatik, Tawau. Dan Alhamdulillah beberapa urusan dapat diuruskan seperti mengambil MyKid untuk Nur Masyithah, servis kereta di EON (kebetulan pula di Ranau tiada pusat servis EON), buat cermin mata, masukkan duit Tabung Haji Nur Masyithah, belikan kasut baru untuk isteri tercinta Nur Amirah Atiqah J dan lain-lain.

Dalam cuti ini juga sambil menjalani urusan-urusan seharian, selalu jugalah mengadap laptop. Selain ber “Facebook” , saya juga masih mendalami ilmu-ilmu tentang internet. Kenapa saya ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang ilmu-ilmu berkaitan dengan internet ini? Kerana dengan teknologi maklumat (internet) ini kita mampu menimba banyak ilmu contohnya ilmu agama, sosial, ekonomi, politik, dapat mengetahui perkembangan semasa dan bermacam-macam lagi. Dan saya juga pernah pepatah yang mengatakan bahawa “barangsiapa yang menguasai komunikasi, maka ia mampu untuk mengetahui dunia“. Internet juga termasuk dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi. Kita lihat sahaja bagaimana kejayaan Microsoft, Dell, Facebook, MySpace, Linux, Nokia, Sony Ericsson dan sebagainya, mereka telah berjaya menguasai dunia, di mana-mana sahaja samada di pejabat kerajaan atau swasta, di sekolah, di rumah, dan di mana-mana pasti ada jenama-jenama ini contohnya Microsoft, saya yakin anda juga sedang menggunakan perisian Microsoft juga kan?

Ok, berbalik kepada tajuk asal, salah satu “tool” untuk menjadi seorang “internet user” yang profesional ialah dengan mempunyai “domain” sendiri, contohnya seperti www.yahoo.com, www.google.com, www.malaysia.gov.my dan banyak lagi.

Apa itu GDI? GDI ialah singkatan GLOBAL DOMAIN INTERNATIONAL, yang berpengkalan di California, Amerika Syarikat. Dan GDI menjalan urusniaga domain dotWS (WS bermaksud WebSite) yang sebelum ini kita telah dilanda sindrom dotCOM.

Produk yang ditawarkan oleh GDI ialah:

1. Domain website bebas pilihan anda

Adakah Anda inginkan website peribadi yang memberi makna kepada anda, anda masih ada banyak pilihan dengan dot ws, contohnya seperti http://www.namaanda.ws, http://www.kedaisaya.ws, terpulang kepada anda. Jika anda mempunyai website dengan nama domain sendiri anda akan menjadi seorang pengguna internet yang profesional. J

2. Template Website & Website Builder

Anda turut diberi percuma template website yang telah direka secara profesional. Pelbagai pilihan template disediakan untuk menyesuaikan apa sahaja isi kandungan bakal web anda kelak.

Dengan bantuan website builder, anda mempu membuat laman web tanpa perlu belajar. Anda bakal diajar step by step bagaimana untuk membuat laman web yang baik.


3. Email Peribadi

Anda juga diberikan 10 email yang boleh digunakan untuk kegunaan peribadi. Anda juga boleh forwardkan email ini kepada email sedia ada anda.

4. Web Hosting

Anda bebas untuk menyimpan data-data untuk dimasukkan ke dalam web anda tanpa perlu berkongsi. GDI juga menyediakan service after sales yang sangat baik untuk kemudahan anda.

5. Independent Affiliate

Sebagai pengguna dotWS, anda secara automatik layak menjadi Independent Affiliate untuk mempromosikan domain dotWS dan menjana pendapatan yang sangat lumayan. Anda bakal mendapat 2 laman web replika yang boleh digunakan untuk mempromosikan Affiliate GDI anda. Dan sambil anda membuat website sendiri, anda boleh mencari pendapatan dengan mempromosikan GDI ini kepada keluarga dan kenalan anda.
http://www.freedom.ws/usernameanda
http://www.freedom.ws/usernameanda

Semoga tulisani ini ada manfaatnya kepada anda untuk menjadi pengguna internet yang canggih dan sekurang-kurang anda sudah tahu sedikit tentang Apa Itu Gdi? Untuk maklumat lanjut tentang GDI anda boleh melayari http://www.website.ws/dhomazril dan kalau anda ingin mengetahui bagaimana cara buat website yang mudah dan bagaimana hendak menjadi seorang INTERNET MARKETER (memasarkan produk bisnes anda dalam internet) boleh layari http://www.ibnusalleh.ws/promosi.html

Semoga anda berjaya J

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s