Aku nak jadi jutawan…. :)

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera kepada anda yang mengunjungi “wordpress” saya ini. Semoga anda dan saya serta keluarga sentiasa dalam rahmat-Nya. Nampaknya tinggal beberapa hari akan bermulanya sesi persekolahan yang baru (semester 2). Banyak juga aktiviti2 yang dibuat masa cuti ini seperti balik ke kampung isteri di Pulau Sebatik, Tawau, jalan2 cari pengalaman ke Semporna, Kunak dan Lahad Datu. Cuma tidak sempat untuk singgah di Inderasabah yang tempoh masuk rancangan Majalah 3 tentang “bagang” yang digunakan untuk menangkap ikan bilis, simpang nak masuk ke Kg Inderasabah ini dekat2 dengan simpang nak masuk ke Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tawau.

Ok, dalam waktu cuti tu sempat jugalah saya membeli sebuah buku. Kisahnya, sewaktu saya sedang makan santai2 dengan keluarga dan adik ipar tiba2 datang le seorang jurujual, kalau tak silap saya jurujual dari syarikat Wholesale-Mart. Mereka ini kadang2 jual vcd agama dan buku2 agama. Masa jurujual tengah promote cd agama dia tu, saya terlihat sebuah buku yang bertajuk BAGAIMANA HENDAK MENDAPAT KAWAN & MEMPENGARUHI SESEORANG. Tanpa cakap banyak, saya terus membeli buku tersebut dengan harga Ringgit Malaysia 12 sahaja.

Baca punya baca, rupa2nya buku asal ini dikarang pada tahun 1920-an… 1920-an. Pengarangnya ialah Dale Carniege, bila saya semak dalam wikipedia, beliau adalah antara pakar motivasi yang terkenal di Amerika Syarikat dalam tahun 1920-an. Kadang2 terfikir juga, situasi di Amerika, Eropah dan sekitarnya mesti sangat berbeza dengan situasi di Asia Tenggara pada waktu itu, khusus di Malaysia. Pada waktu itu kita ini masih berada di bawah pemerintahan kolonial British, berperang2 antara sesama sendiri sebab cukai J.

Saya ingin berkongsi secara ringkas apa isi kandungan dalam buku ini, jika nak tahu lebih lanjut boleh cari buku ini kat mana2, ok.

  1. Prinsip2 asas dalam menghadapi seseorang.

     

    1. Jangan mengkritik, menghukum atau merungut.
    2. Berikan penghargaan yang ikhlas dan murni.
    3. Bangkitkan keinginan yang membara dalam diri orang lain.

 

  1. 6 cara untuk membuatkan seseorang menyukai anda.

     

    1. Berikan perhatian yang kepada orang lain.
    2. Tersenyumlah.
    3. Ingatlah bahawa nama bagi seseorang itu adalah sesuatu yang sangat indah dan amat penting

      bunyinya dalam mana2 bahasa.

    4. Jadilah seorang pendengar yang baik, doronglah seseorang itu bercakap tentang diri mereka.
    5. Perkatakanlah sesuatu yang digemari oleh orang lain.
    6. Buatlah agar orang lain berasa penting dan lakukanlah itu secara ikhlas.

       

       

       

       

       

       

       

  2. Bagaimana meyakinkan seseorang mengikut kemahuan anda.

     

    1. Satu2nya cara untuk mendapatkan yang tebaik dari sesuatu perdebatan ialah dengan menggelakkanya.
    2. Hargailah pendapat orang lain. Jangan sekali2 berkata. “Anda silap”.
    3. Jika anda bersalah, akuilah dengan segera dan ikhlas.
    4. Mulailah dengan cara yang mesra.
    5. Ajaklah orang lain agar berkata segera berkata “Ya,ya” sekarang juga.
    6. Biarkanlah orang lain lebih banyak bercakap.
    7. Biarkan seseorang itu berasa bahawa idea itu adalah ideanya.
    8. Cubalah berlaku ikhlas dalam melihat sesuatu perkara daripada sudut pandangan orang lain.
    9. Bersimpatilah terhadap idea dan keinginan orang lain.
    10. Pilihlah pendekatan yang lebih mulia.
    11. Huraikan idea anda itu secara lakonan.
    12. Berikan cabaran kepada seseorang.

       

       

  3. Menjadi seorang pemimpin.

    Di antara tugas seorang pemimpin adalah mengubah sikap dan tingka laku orang2 bawahannya. Terdapat beberapa cadangan untuk melakukannya:

    1. Mulakan dengan pujian dan penghargaan yang ikhlas.
    2. Dengan memberikan perhatian dengan secara tidak langsung terhadap kesalahan seseorang.
    3. Utarakan kesalahan anda sendiri dahulu sebelum mengkritik orang lain.
    4. Mengajukan pertanyaan dan bukannya memberi perintah secara langsung.
    5. Menyelamatkan maruah diri orang lain.
    6. Berikan pujian terhadap sedikit kemajuan dan setiap kemajuan. Ikhlaslah dalam setiap penghargaan yang diberikan dan jangan kedekut dalam memberikan pujian.
    7. Berikanlah seseorang itu reputasi yang baik tentang kebolehannya.
    8. Berikan galakan. Jadikan sesuatu kesilapan itu kelihatan mudah diperbaiki.
    9. Menjadikan seseorang itu gembira apabila melakukan sesuatu yang anda inginkan.

Demikianlah secara ringkasnya saya menceritakan isi kandungan buku ini, saya memerlukan 2 minggu untuk menghabiskan pembacaan buku ini, membaca buku di samping menjalankan tanggungjawab sebagai anak, suami, bapa dan cikgu. Sebagai seorang Muslim walau apa pun kita, siapa kita, apa status kita, miskin ke kaya ke yang penting kita mesti mendirikan solat 5 kali sehari semalam, kalau terlambat solat, qada ler solat tu…biar qada dari kita tidak solat langsung. J

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s