Ting….!!!

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah dan kurniaNya kita sama2 dapat beraktiviti di atas muka bumi Allah ini dengan sebaik2nya. Hari saya dapat berbual dengan seorang rakan guru yang mana isterinya merupakan salah seorang staff bank yang terkenal juga di Malaysia ni.

Daripada berbual-bual tentang aktiviti2 semasa cuti sekolah sebelum ini, akhir kami berbual-bual sedikit tentang kewangan, saja2 berbual tentang pinjaman peribad dan tentang ASB. Dalam berbual2 tu ada suatu perkara yang menarik minat saya, dan ingin juga saya kongsikan di sini iaitu berkaitan dengan menyimpan duit dalam bank khusus bagi peniaga-peniaga kecil sama ada peniaga yang baru nak mula berniaga, peniaga pasar dan yang sewaktu dengannya.

Mengikut kata kawan saya tu, bagi peniaga kecil-kecilan setiap keuntungan perniagaan pada hari tersebut kalau boleh dimasukkan terus ke dalam akaun simpanan. Contohnya kalau saya berniaga burger hari ini , saya dapat duit hasil jualan hari tersebut lebih kurang RM100, terus saya masukkan ke dalam akaun simpanan (sekarang ni senang nak masukkan duit, sebab dah banyak bank2 yang menyediakan mesin deposit tunai iaitu CDM yang bermaksud Cash Deposit Machine). Lepas dah masuk duit tu, boleh ler saya keluarkan semula duit tu untuk modal esok harinya. Duit hasil perniagaan tu masukkan setiap hari ke akaun simpanan, lepas tu boleh keluarkan semulalah. J

Lepas tu kita buat kemaskini buku bank kita tu, jadi dalam buku bank tu akan menunjukkan bahawa duit kita masuk setiap hari, kalau malas pun boleh masukkan 2 hari sekali ker, seminggu sekali ker.

Tujuannya , dengan buku bank tu sekurang2nya kita boleh jadikan bukti kepada pihak bank sekiranya kita nak buat pinjaman kat bank tu, buat pinjaman untuk memajukan lagi perniagaan kita, bukannya buat pinjaman untuk beli kereta besar, rumah besar arrr. Bila pihak bank tengok dalam buku akaun kita asyik masuk duit dua tiga ratus setiap hari, mungkin pihak bank berani memberikan kita pinjaman. InsyaAllah.

Mungkin ada banyak lagi cara, mungkin cara ini sesuai atau tidak sesuai . Apa pun yang penting ialah sikap disiplin dan konsisten dalam diri kita sendiri. Semoga tulisan saya ini bermanfaat untuk semua, khusus kepada kawan2 yang berniaga secara kecil-kecilan.

Kalau ada kesilapan dalam tulisan, saya minta maaf banyak2 yer..sebab saya tulis ni pun secara spontan sahaja. Taknak tunggu lama, takut hilang pula idea ni.

Mohd Azril. Email saya admin@ibnusalleh.ws

 

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s