Poko’ok?

Sejak aku mula bertugas di Ranau inilah kali pertama aku mendengar nama Poko’ok.

Mula-mula aku membayang bahawa Poko’ok adalah sejenis hantu atau sejenis tumbuhan herba.

Tapi awan-kawan aku di sini beritahu Poko’ok itu adalah sejenis cicak, yang mana kalau dijual harganya boleh mencecah ribuan ringgit.

Aku pun hairan juga, ada juga dalam dunia ini cicak yang berharga ribuan ringgit.

Herrmmm.. disebabkan oleh sifat “curiosity” yang tinggi, aku pun bertanya dengan Pakcik Google dan akhirnya beliau telah berjaya menjawab pertanyaan aku dan menghilang “kebengongan” aku tentang Poko’ok ini.

Ini adalah sedutan yang aku sedut dari sebuah blog, dan aku lekatkan dalam blog aku untuk aku kongsikan dengan mereka yang tidak tahu apa itu Poko’ok (apa saja nama yg sewaktu dengannya) ?

Jumaat, 2010 Mei 07

Tokek (Poko’ok) Raksasa Bernilai RM64juta Ditemui Di Sabah.

06 Mei 2010 (Khamis)
Kawasan hutan yang berada di sempadan antara Siemanggaris, Nunukan dan Serudong, Malaysia ternyata masih menyimpan berbagai spesis flora dan fauna yang selama ini belum banyak diketahui masyarakat.
Baru-baru ini di kawasan tersebut, seekor tokek yang memiliki berat hingga 64 kilogram telah ditemui.
Tokek tersebut ditemui salah seorang remaja, warga negara Malaysia yang tinggal di Kalabakan, tidak jauh dari sempadan Indonesia.

Arbin, warga Tawau, Malaysia, yang sempat mengabadikan gambar tokek itu menceritakan, awalnya si remaja pemilik tokek itu berjalan-jalan di kawasan hutan. Ia memang memiliki niat untuk mencari tokek.
“Kerana di Malaysia ini sedang gempar orang mencari tokek. Lalu si remaja ini juga ikut mencari tokek di hutan,” kata Arbin, yang ditemui di Tawau.
Ketika sedang memburu tokek itulah, secara tidak sengaja si remaja ini menemukan tokek berukuran raksasa. “Awalnya dia terkejut juga karena besarnya seperti buaya. Setelah dilihat ternyata tokek dan ia sudah tidak boleh bergerak kerana besar sekali. Tokek itu dipikul lalu dibawa pulang,” ujarnya.
Apa yang luar biasanya, Tokek raksasa seberat 64 kilogram yang ditemukan di sempadan Nunukan-Malaysia tersebut akhirnya terjual 64 juta ringgit Malaysia atau setara Rp 179,2 miliar (kurs Rp 2.800).
“Tokeknya sudah dijual dengan harga RM 1 juta per kilogramnya,” kata Arbin, yang sempat mengabadikan gambar tokek tersebut ketika dihubungi melalui telepon bimbitnya.

Namun khabarnya tokek raksasa tersebut telah dibeli oleh orang Indonesia.

“Tokeknya dibeli orang Indonesia kemudian dibawa keluar negeri, kalau tidak salah ke China,” kata Arbin. Walaupun sudah terjual, masih banyak penelepon yang mengejar pembeli tokek tersebut untuk dibeli lagi dengan harga yang lebih mahal.”

Tidak banyak informasi yang didapatkan Arbin mengenai transaksi tersebut sebab pemilik tokek juga sudah berangkat ke Kuala Lumpur. “Saya sudah berusaha mencari informasi siapa yang membeli, namun tidak ada yang tahu. Orang-orang sana cuma menyebutkan ada orang dari Indonesia yang membeli,” ujarnya.

Disunting dari Berita SuaraMedia, NUNUKAN

Sumber:

http://pinawantairanau.blogspot.com/2010/05/tokek-pokook-raksasa-bernilai-rm64juta.html

——————————————-

Selasa, 2010 Mei 04

Poko’ok atau TOKEK (Tokay Gecko) -Haiwan Melatah Termahal

Sekarang ini sangat heboh pasal Tokek (poko’ok). Ramai yang masuk ke hutan semata-mata untuk menangkap haiwan melatah ini dan khabar-khabarnya harganya amat lumayan iaitu RM30,000 bagi yang beratnya 300gram ke atas. Walaupun sesetengah daripada spesis haiwan ini mempunyai racun dan bisa yang mampu membunuh manusia dalam 5 minit tetapi masih ramai yang ingin mencuba untuk meraih hasil yang lumayan ini. Dengan menggunakan jaring penangkap rama-rama dan sarung tangan kulit, binatang ini dapat ditangkap dengan mudah di tempat-tempat habitatnya. Walaubagaimanapun ada juga pemburu-pemburu yang tak bernasip baik dan terkena dengan bisa racun haiwan ini..dan khabar-khabarnya sudah ada yang meninggal dunia di sebelah Kg. Kaingaran dan Karagasan. Kesahihannya tidak dapat dipastikan. Walaupun pencarian kepada Tokek ini semakin rancak, namun pemburu selalu gagal mencari tokek (poko’ok) yang beratnya melebihi 300 gram. Kebanyakan yang berjaya ditangkap cuma di bawah 250gram dan harga jualan cuma sekitar Rm200 – RM500 seekor. Spesis gecko yang berbahaya adalah jenis yang bercabang lidah..ia mampu membunuh mangsanya dalam hanya beberapa minit. Para pemburu POKO’OK..jangan tersilap membandingkan antara tokek dan poko’ok lidah bercabang ini. Silap haribulan KERANDA yang engkau tempah..

Sumber:

http://pinawantairanau.blogspot.com/2010/05/pokook-atau-tokek-tokay-gecko-haiwan.html

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s