Menulis Pada Hari Sabtu

 

Assalamualaikum wbt…Alhamdulillah kami masih lagi diberi sesuatu yang sangat termahal iaitu Rahmat Allah SWT. Tanpa rahmatNya hidup di dunia tiadalah bererti.

Seperti biasa macam sebelum ini tugas seorang guru ini sentiasa sibuk (tetapi masih lagi masyarakat yang beranggapan tugas guru adalah kerja paling mudah mungkin disebabkan antaranya cuti sekolah yang banyak dan mengajar separuh hari). Hakikatnya guru mempunyai banyak tugas (itu pun bagi guru2 yang punya komitmen, lainlah bagi mereka yang sudah malas). Kalau tak percaya, cubalah bertanya kepada kawan-kawan atau suami atau isteri yang menjadi guru. Tak pun korang tanyalah kepada Betara Guru Tujuh Petala Langit Tujuh Petala Bumi. Hehe.

Di samping kesibukan-kesibukan itu, disempatkan juga untuk menulis dalam “wordpress” ini🙂 .

Beberapa hari yang lepas kita telah mendapat berita tentang pengurangan subsidi oleh pihak pemerintah, jadi jika berlakunya pengurangan subsidi, maka akan berlakulah kenaikan beberapa harga barangan yang penting dalam kehidupan seharian kita seperti petrol, tong gas dan sebagainya. Dan jika tidak dikawal, silap-silap haribulan harga barang yang lain pun boleh naik (kan alasan bagi para pemborong untuk menaikan harga barangan ialah “harga minyak naik”).

Dalam harga minyak nak naik sempat jugalah beli sebuah buku. Ketahuilah oleh kamu semua bahawa dengan membaca buku akan menyebab kamu menjadi seorang berilmu pemgetahuan, sesungguhnya orang yang tahu itu tidak sama dengan orang tidak tahu. (itu pun kalau dibaca ler).

Buku ini aku beli dari penulis sendiri , tajuknya ialah Rancang Wang dari Sekarang a.k.a RWDS.

Kenapa aku beli buku ini?

  1. Sebagai seorang suami aku mesti pandai merancang untuk keluarga aku, terutamanya bab kewangan. Kenapa pula? Ye ler…nak bayar loan kereta, sewa umah, bil itu, bil ini, bla…bla…bla… semuanya kena dirancang dan ada perancangannya.
  2. Sebagai bapa, aku wajib merancang untuk menyimpan supaya dengan simpanan itu aku dapat berikan kepada anak2 aku yang terbaik terutamanya dari segi pendidikan….insyaAllah, aku nak hantar anak ke sekolah kebangsaan dan sekolah agama…kan ilmu agama dengan dunia mesti seimbang…kan..kan…?
  3. Bila dah banyak simpanan, dah tentu kita jadi kaya (kaya ilmu, kaya iman, kaya akhlak dll). Bila dah kaya dan beriman, dah tentu kita dapat banyak bayar zakat, dapat banyak menderma, dapat bantu mereka yang tidak berkemampuan. Contoh sekarang ni, kita boleh pada diri Syed Al-Bukhari, dah ler jutawan, suka tolong2 orang, suka menderma…
  4. Siapa yang tak nak jadi kaya..kaya jutawan…sila angkat tangan? Kalau aku, terus terang ler, sekarang ini aku nak jadi kaya…orang kaya yang baik hati…🙂
  5. Sesungguhnya orang kaya yang baik hati ialah orang yang telah merancang untuk berjaya. Islam mengajak kita untuk BERJAYA DI DUNIA DAN DI AKHIRAT. Nak berjaya kat dunia mesti ada ilmu, nak berjaya di akhirat pun kena ada ilmu…pokoknya nak berjaya mesti dengan ILMU.
  6. …………………………………………. (fikir sendiri ler).

Mungkin ramai antara kita ni yang tak tahu dan tak pernah dengar istilah seperti aset, liabilti, pelaburan saham, unit amanah, hartanah bla..bla…bla… Kalau baca buku ini, inysaAllah kita boleh dapat sedikit ilmu2 asas dalam merancang kewangan (dapat tahu sikit2 lagi bagus daripada tak tahu langsung, betul tak?).

Dapat gaji, lepas dapat gaji nak buat apa? Adakah kena belanja abis-abisan sebab bulan depan gaji lagi? Nak tau, boleh buku ini.

Dalam buku ini sebenarnya mengandungi nasihat-nasihat yang asas kepada orang2 seperti aku yang ingin merancang untuk berjaya….berjaya apa tu? Berjaya jadi ………………………… (fikir sendiri ler).

————————————————————————————

Alhamdulillah dalam penat2 ni, dapat juga menulis, idea tiba2 datang nak menulis. Padahal kat sekolah tadi (hari sabtu) kami, termasuk guru besar, guru penolong kanan, guru-guru dan kakitangan bertungkus lumus bergotong royong menyiapkan dan memperindahkan sudut PPDa… memang penat beb…fizikal penat…mental ceria.

Hehe… Masyithah sedang berlatih membaca buku.

Semoga suatu hari, engkau jadi orang baik hati dan berakhlak mulia.

Dia nak pegang buku yang tengah aku baca, aku pun bagi. Lepas tu tangkap gambar guna handphone.

Berminat nak beli boleh pi blog penulis buku Rancang Wang dari Sekarang , boleh klik kat SINI

 

 

 

Sekian, terima kasih.

Mohd Azril Salleh.

17.7.2010

Kampung Lohan Ulu, Ranau, Sabah, Malaysia.

 

 

One response to “Menulis Pada Hari Sabtu

  1. Tuan,

    Boleh beri alamat emel tuan untuk saya hantar ebook?

    Terima kasih ulasan ini ya!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s