Usahawan Terbilang

“Islam tidak mengalakkan seseorang itu sentiasa duduk bertapa di masjid sebaliknya hendaklah aktif bekerja mencari rezeki. Sebaliknya, jangan pula seseorang itu asyik berkerja mencari rezeki hingga melupakan tanggungjawab kepada Allah s.w.t.”

NABI MUHAMMAD S.A.W SEORANG AHLI PERNIAGAAN

Nabi Muhammad mula berniaga dengan mengembala kambing dari kecil. Baginda juga telah dilatih berniaga oleh datuknya Abdul Mutalib dan bapa saudaranya Abu Talib sejak kecil lagi.

Apabila meningkat remaja, Baginda telah membawa barangan dagangan yang besar kepunyaan Sayidatina Khadijah ke negara Syam dan memperolehi keuntungan yang berlipat ganda.

Usman bin Affan r.a khalifah Islam yang ketiga dan Abdul Rahman bin Auf, adalah antara 10 sahabat yang dijamin masuk syurga, juga merupakan ahli perniagaan yang terkenal dalam kalangan para sahabat.

ANDA INGIN JADI USAHAWAN

Memiliki perniagaan menjadi impian ramai orang. Memulakan perniagaan itu akan menterjemahkan impian anda menjadi realiti. Tetapi terdapat jurang di antara impian anda dengan realiti. Jurang ini hanya dapat dilalui dengan perancangan yang teliti.

Selaku bakal pemilik perniagaan, anda perlu merancang untuk mengelakkan diri daripada terjatuh ke dalam lubang-lubang halangan, supaya dapat mencapai matlamat dan membangunkan perniagaan yang menguntungkan.

Dipetik dari buku Langkah Bijak Usahawan Terbilang oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah & Haji Muhammad Zakaria.

—————————————————————————————————————————–

Buku ini boleh dibeli secara online melalui Kedai Buku Online Stormreaders. KLIK DI SINI.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s