Aku mengulas secara ringkas buku ini…

 

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya kita masih mampu memakmurkan bumiNya, selawat dan salam untuk Nabi Muhammad SAW dan ahli keluarganya serta para sahabat dan seluruh umat Islam di atas muka bumi ini. Subhanallah, rasanya macam sudah lama aku tidak menulis dalam ‘blog’ ini yang biasa-biasa sahaja.

Alhamdulillah, aku berkesempatan membeli dan membaca buku terbaru Ustaz Zaharuddin yang bertajuk RIBA DAN ISU KEWANGAN SEMASA. Ok, dengan secara ringkas aku cuba membuat ulasan tentang buku ini untuk tatapan sesiapa yang membaca ‘blog’ ini.

Petikan sinopsis dari buku ini:

“Umum telah pun mengetahui bahawa agama Islam amat tegas dalam amalan riba – iaitu amalan yang keji dan tergolong dalam salah satu dosa besar. Dari segi bahasa sendiri digambarkan bahawa riba membawa maksud tambahan atau kenaikan, dan diperjelaskan dalam istilah riba iaitu bunga berganda yang membebankan. Riba muncul dan bermaharajalela sejak zaman jahiliah lagi, yang mana ia jelas menunjukkan penindasan terhadap orang yang berharap dan orang yang miskin. Istilahnya – ‘membantu kemudian membunuh’. Apabila Islam muncul, riba dikeji dan diperangi habis-habisan. Amalan riba diharamkan kerana tiada keadilan kepada orang yang memerlukan dan perlakuan riba itu adalah perbuatan zalim yang melampau. Kini pada akhir zaman, riba muncul semula tetapi dalam situasi yang ‘berhemah’ dengan simbolnya – ‘mengikut kemampuan semasa'”.

Isi Kandungan buku ini antara ialah:

Bahagian 1: Pendedahan Asas Berkaitan Riba

-Definisi Riba

-Hikmah di Sebalik Pengharaman Riba

-Perbezaan Riba dan Jual Beli

– dan lain-lain.

 

Bahagian 2: Isu Berkaitan Riba

-Zalim Bukan Penentu Riba

-Pengajaran daripada Hukum Musafir

-Riba di Antara Kerajaan dan Rakyat dibenarkan?

– dan lain-lain.

 

Bahagian 3: Isu-isu Kewangan Semasa

-Mengapa Muslim Jauh dari Bank Islam?

-Bank dan Rekod Senarai Hitam Pelanggan

-Cabutan Bertuah dan Bentuk, Pertandingan Moden

– dan lain-lain.

 

Jika kamu seorang yang berminat dengan ilmu, melihat isi kandungan di atas sahaja akan membuat jiwa kamu berkeinginan untuk memiliki buku tersebut.

 

Renungkanlah firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah 2: 278-279

 

Yang bermaksud:

“Wahai orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah SWT dan tinggalkanlah saki-baki riba sekiranya kamu benar-benar beriman, sekiranya kamu tidak meninggalkannya, isytiharkanlah perang dengan Allah dan Rasul-Nya“.

 

Sekira anda berminat beli buku tersebut bolehlah secara online dengan klik DI SINI cari kod buku : TBBK 1160.

Yang dekat bolehlah pinjam dengan aku.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s