Ini perintah siapa?

 

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau Saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak- budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”

Surah an-Nur ayat yang 31.

Sebab turun ayat ini (Asbabub nuzul):

Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa Asma binti Murtsid seorang pemilik kebun kurma sering dikunjungi oleh wanita-wanita yang bermain-main dikebunnya tanpa memakai kain yang labuh sehingga kelihatan gelang-gelang kaki mereka, demikian juga dada dan sanggul mereka.

Kemudia Asma berkata: ” Alangkah buruknya pemandangan ini”. Maka turunlah ayat ini (Surah an-Nur: ayat 31) sehingga “auratinnisa” berhubung dengan peristiwa tersebut. Ayat ini turun sebagai perintah kepada kaum mukminat (wanita-wanita yang beragama Islam) untuk menutup aurat mereka.

(Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim daripada Muqatil daripada Jabir bin Abdillah)

    Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa seorang wanita membuat dua gelang kaki perak yang disalut dengan untaian batu-batu permata sebagai perhiasan kakinya. Apabila dia lalu di hadapan segolongan manusia, dia akan memukul-mukul kakinya sehingga dua gelang kakinya bersuara beradu. Maka turunlah ayat yang berikutnya “Wala yadhribna bi arjulihinna” hingga akhirnya dari ayat ini (Surah an-Nur: ayat 31) sebagai larangan kepada kaum wanita daripada menggerakkan anggota tubuhnya untuk mendapatkan perhatian lelaki.

(Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir daripada Hadhrami)

Sumber:

  1. Al-Quran
  2. Asbabun Nuzul (Terjemahan) oleh Imam Jalaluddin As-Sayuthi

 


 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s