Pooh?

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya kita dapat lagi mengadap lap top dan menaip dalam blog ini, sambil menikmati rahmat Allah S.W.T. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W  Nabi dan Rasulullah yang terakhir, serta ke atas ahli keluarganya, para sahabatnya, tabiin, tabi’ tabiin dan seluruh Muslimin dan Muslimat, semoga Allah sentiasa memberi rahmat-Nya ke atas kita semua. InsyaAllah.

Hari ini aku tolong isteri aku lipat baju, dalam lipat-lipat baju tu, aku lipat baju anak aku sekali, ada satu baju yang menarik perhatian aku. Baju tu ada gambar Winnie The Pooh (kartun beruang yang Walt Disney buat tu). Tengah duduk melipat baju ni, aku tergerak hati nak tahu apa ler maksud “pooh” ini. Sebab yang aku nak tahu sangat maksud “pooh” ni kerana ada informasi yang aku dapat dari internet,yang walt disney ni ada unsur-unsur pemujaan kepada iblis, betul atau tidak Hanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui. Diorang kata kartun2 dalam walt disney ni ada mesej bawah sedar, yang mana mesej2 ni ditujukan pada anak2 kecil, kuntum-kuntum iman.

Akhirnya aku pun cari ler kamus Dwibahasa Oxford Fajar edisi ke 3 m/s 302, “pooh” bermaksud “seruan rasa kebencian; ceh; cis; isy.   “pooh-pooh”: menyatakan kebencian terhadap sesuatu. Aku terfikir, takkanlah maksudnya sampai macam tu sekali. Bagi aku istilah tak sesuai letak kat kartun yang kanak-kanak suka tengok, lebih2 lagi ada pula ayat tu diletakkan kat baju baby.

Bila aku semak dalam google translate ni…pooh bermaksud, ceh!

Yang kat bawah ini aku ambil dari website ni http://www.kgcentral.com/oasis/?p=171#more-171

“Karektor kartun POOH atau Winnie The Pooh memang tidak asing lagi bagi kanak-kanak dan orang dewasa sekarang ini. Kartun ini sudah lama bertapak di kaca-kaca televisyen semenjak 15 tahun lalu melalui penerbit kartun terkenal Walt Disney Picture.

Kemasyuran watak Pooh ini lebih dirasai apabila ramai pengeluar-pengeluar barangan mainan mengeluarkan patung-patung comel karektor Pooh.

Kaitan Antara Pemujaan Syaitan dan Walt Disney ialah masyarakat Yahudi sejak dari zaman Nabi Ibrahim memang terkenal dengan pemujaan Syaitan dalam amal ibadat mereka. Upacara pemujaan dalam agama Yahudi didokong oleh fahaman Kabbalah. Amalan Kabbalah masih diamalkan oleh masyarakat Yahudi sekarang terutamanya pada hari Pesta Purim.

Kartun Winnie the Pooh mula diperkenalkan pada 1926 oleh A.A Milne dan E.H. Shepard manakala filem kartun ini diterbitkan pertama kalinya oleh Walt Disney Company. Pada 1950-an, Winnie The Pooh menduduki carta kartun paling popular di seluruh dunia. Pooh juga dianugerahkan Hollywood Walk of Fame pada 11 April 2006.”

Kesimpulannya:

Allah S.W.T telah berfirman di dalam Al-Quran bahawa orang2 Yahudi dan Nasrani tidak akan sekali-kali redha dengan orang Islam sehingga orang Islam itu sendiri mengikut cara budaya mereka (kecuali yang beriman kepada Allah dan rasul-Nya).

Rasulullah S.A.W telah bersabda, yang suatu hari nanti orang Islam sedikit demi sedikit akan mengikut cara musyrikin, kalau mereka masuk ke lubang biawak, kita pun ikut masuk ke lubang biawak tu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s