Amanah Hartanah Bumiputera

PHB lancar Amanah Hartanah Bumiputera
Oleh Anwar Husin dan Ahmad Fiesal Othman
bhbiz@bharian.com.my
2010/11/30

Pelaburan minimum RM500 dengan saiz 1 bilion unit

PELABURAN Hartanah Bhd (PHB), anak syarikat Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera melancarkan dana pelaburan Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) yang membolehkan pelabur Bumiputera melabur dalam hartanah utama dengan pelaburan permulaan minimum sebanyak RM500.

 

Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutif PHB, Kamalul Arifin Othman, berkata dana AHB dengan saiz 1 bilion unit itu bertujuan memberikan peluang kepada Bumiputera meningkatkan pegangan dalam hartanah komersial di lokasi strategik dalam negara yang hanya membabitkan pendapatan yang terbit daripada pelaburan hartanah yang mematuhi Syariah.

Beliau berkata, AHB akan memberi tumpuan utama kepada pelaburan dalam hartanah yang memberi pendapatan stabil dan kadar hasil yang bertambah.

“Kami menjangkakan AHB mampu menawarkan pulangan sekurang-kurangnya enam peratus setahun berdasarkan nilai pulangan pelaburan hartanah komersial di kawasan segi tiga emas Kuala Lumpur yang kami jadikan penanda aras,” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran AHB di Kuala Lumpur, semalam.

Pelancaran AHB di sempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Skim AHB diumumkan oleh Najib yang juga Menteri Kewangan ketika pembentangan Bajet 2011 baru-baru ini bagi memberi peluang kepada golongan Bumiputera meningkatkan lagi penyertaan mereka dalam hartanah komersial di lokasi strategik dalam negara.
PHB ditubuhkan pada Mei 2006 adalah cabang operasi Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera yang aktiviti utamanya sebagai syarikat pegangan pelaburan.

Matlamat PHB adalah mengekalkan pertumbuhan jangka panjang menerusi pengurusan, pelaburan dan perluasan perniagaan teras syarikat dalam sektor pelaburan hartanah komersial utama.

Unit AHB ditawarkan dan diurusniagakan pada harga tetap RM1 seunit. Ia boleh dilanggan di semua cawangan Maybank seluruh negara dengan jumlah pelaburan maksimum dibenarkan sebanyak RM200,000.

Pelaburan AHB terbuka kepada rakyat Bumiputera Malaysia berumur tiga bulan ke atas dengan syarat pelabur di bawah 18 tahun perlukan penanda tangan penjaga sah rakyat Malaysia.

Kamalul Arifin berkata, PHB ketika ini memiliki tujuh bangunan dengan lima daripadanya disenaraikan dalam pelaburan AHB termasuk CP Tower di Petaling Jaya, 26 Boulevard di Putrajaya, Wisma Consplant di Subang Jaya dan Tesco Setia Alam dan Kompleks Industri Shah Alam.

 

Sumber: http://www.bharian.com.my/articles/PHBlancarAmanahHartanahBumiputera/Article/


 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s