Catatan Awal 2011

Bismillahirahmanirrahim.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya kita semua masih berada di atas muka bumi Allah ini untuk menambah bekalan yang bakal dibawa pada Hari Pembalasan nanti. Selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad SAW, atas ahli keluarganya, para sahabatnya dan seluruh muslimin dan muslimat.

 

Subhanallah, macam sudah lama rasanya tidak menulis dalam “blog sempoi” aku ini. Bukannya apa kadang-kadang “mood” untuk berkongsi sesuatu dalam blog ini hilang sekejap,mungkin dek kesibukan mengurus urusan dunia dan urusan akhirat.🙂 Sementara si Nur Masyithah (anak aku) ini sudah pandai menanggalkan keypad kat laptop aku ini dan Masyithah juga sudah pandai “mengemas rumah” dengan kata lain dia sudah pandai menghambur barang-barang dalam rumah yang mana aku dan isteri aku memerlukan tahap kesabaran yang tinggi, walaupun Masyithah suka menghambur barang-barang, aku dan isteri aku tetap sayang Masyithah.🙂

 

Dan dalam bulan ini juga, aku terpaksa melepaskan pangkat “prebet lapok” dalam 3 502 AW, kerana aku dah berkeluarga, perut dah semakin maju ke hadapan, dan sudah hampir setahun lebih aku berpindah ke Ranau, Sabah. Apa yang penting penyertaan aku ke AW banyak juga memberi pengalaman, antaranya kepimpinan, semangat setiakawan. Tak dapat ikut latihan akhir tahun yang membolehkan aku naik pangkat juga terpaksa dilepaskan walaupun dalam hati nak sangat ikut latihan. Buat masa aku mesti menumpukan tanggungjawab terhadap keluarga dan tanggungjawab mendidik anak-anak murid di sekolah dengan sebaik mungkin.

 

Bila masuk sahaja tahun 2011, terasa umur kita ini semakin lama semakin berkurang, entah bila kita dijemput, hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui. Semoga hari ini lebih baik dari hari-hari yang telah lepas. InsyaAllah. Barangsiapa yang hanya mengejar dunia, hanya dunia sahaja dia dapat. Barangsiapa yang mengejar akhirat, insyaAllah…dunia dan akhirat dia akan perolehi. Barangsiapa yang inginkan kejayaan di dunia mestilah dengan ilmu, barangsiapa inginkan kejayaan di akhirat mestilah dengan ilmu, barangsiapa yang inginkan kejayaan di dunia dan di akhirat mestilah juga dengan ilmu.

 

Dan sejak akhir-akhir ini juga telah menunjukkan kenaikan harga barang dan menyebabkan kos sara hidup semakin lama semakin meningkat, dan berkurang nilai mata wang akibat inflasi. Apa yang boleh aku kongsikan di sini, seperti yang selalu di katakan oleh pakar perancang kewangan…simpanlah sekurang-kurangnya 10% daripada gaji yang kita dapat, upahlah diri kita dulu sebanyak 10% sebelum kita leburkan duit kita pada orang lain.

 

Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada kesedihan dan kesusahan, perasaan lemah dan malas, sikap bakhil dan penakut, hutang yang menyibukkan fikiran (dan mengacau hatiku) dan orang yang menindasku”.

 

 

 

 

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s