Kepintaran Lukman Al-Hakim

Wahai kawan-kawan…mari dengar cerita

Kisah Luqman yang pintar dan juga bijaksana

Wahai kawan-kawan mari bersama…

Kita hayati dan bermuhasabah

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh…

Bismillahirahmanirrahim…

Kepada Tuan Pengerusi Majlis dan para Juri Hakim yang adil lagi bijaksana seterusnya pada rakan-rakan sekalian.

Berdirinya saya di sini adalah untuk menyampaikan sebuah cerita yang berjudul “Kepintaran Lukmanul Hakim”

Pada zaman dahulu, di sebuah lembah yang kering, terdapat sebuah kampung yang aman dan damai. Di kampung tersebut terdapat seorang hamba Allah yang pintar lagi bijaksana, beliau adalah Luqmanul Hakim yang bermaksud Lukman Yang Bijaksana.

Kepintaran beliau telah disebut di dalam Al-Quran, Surah Luqman ayat yang ke 12:

Dan Sesungguhnya Telah kami berikan hikmat kepada Luqman, yaitu: “Bersyukurlah kepada Allah. dan barangsiapa yang bersyukur (kepada Allah), Maka Sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barangsiapa yang tidak bersyukur, Maka Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji”.

Kawan-kawan nak tahu tak…….? Luqmanul Hakim adalah seorang hamba Allah yang soleh dan juga pakar dalam pendidikan anak-anak. Beliau telah mendidik anaknya dengan penuh hikmah dan kasih sayang sebagai seorang ayah.

Pada suatu hari……..Luqman dan anaknya berehat sambil menghirup udara segar, pada kesempatan itu…..Luqman pun berkata kepada anaknya, di mana peristiwa ini telah disebut dalam surah Luqman dari ayat 13hingga 18.

Dengan penuh kasih sayang, Luqman pun memeluk dan membelai anaknya dan berkata:

“Wahai anakku, janganlah kamu menyekutukan Allah kerana kekuasan Allah menyeliputi segenap makhluk yang ada di dunia ini. Ketahuilah anakku….syirik itu adalah perbuatan zalim yang pasti akan membinasakan dirimu sendiri”.

“Wahai anakku, Sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, niscaya Allah akan mendatangkannya (membalasinya). Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui.

 

“Wahai anakku, Dirikanlah shalat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan Bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).

 

“Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri”.

Di samping itu, terdapat juga kisah yang dikaitkan dengan Luqman iaitu kisah Luqman menasihati anaknya tentang telatah manusia.

Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Al-Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang.

Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, “Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki.” Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu.

Melihat yang demikian, maka orang di pasar itu berkata pula,

“Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang ajar anak itu.”

Setelah mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya.

Kemudian orang ramai pula berkata lagi,

“Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyiksakan himar itu.”

Oleh karena tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata,

“Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai.”sungguh tidak bijak mereka itu”.

Setelah melintas kawasan pasar dan dalam pejalanan pulang ke rumah, Lukman Al-Hakim memecah kesunyian dan berkata kepada anaknya…..

“Wahai anakku amanah Allah, tahukah engkau apakah peristiwa yang kita lalui bersama tadi?”

Lalu anaknyapun menjawab….

“Apa dia ayahku, aku lihat ramai orang di pasar sedang berurus niaga”.

“Itu memang benar anakku…tapi ada lagi urusniaga yang lebih besar yang perlu kamu ketahui, iaitu tentang sikap buruk dan telatah manusia yang terkadang tidak disedari”.

“Sikap buruk?” Tanya anaknya dengan kebingungan….

“Ya….Sesungguhnya seseorang itu tidak terlepas dari memperkatakan manusia atau mengumpat orang lain. Ingatlah anakku….bukti orang yang berakal tiada dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah saja. Ini bermakna, seseorang hanya menceritakan hal rang lain hanya kerana untuk kebaikan semata-mata. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu.”

Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya,

“Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya seseorang tidak menjadi fakir melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, yaitu:

Tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdaya orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya) dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya.”

Kawan-kawan……..rasanya sudah panjang lebar saya bercerita tentang kepintaran dan keistimewaan Luqmanul Hakim. Takut terlebih pula masa yang diberikan. Apapun…..sebelum saya mengundur diri, ingin saya menyimpulkan bahawa kisah ini banyak memberi pengajaran yang berguna kepada kita.

Antaranya ialah:

  • Perbuatan syirik kepada Allah adalah dosa besar
  • Setiap amalan kita samada yang besar atau kecil tetap akan dibalas oleh Allah
  • Mendirikan sembahyang, menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran dan bersabar di atas setiap dugaan.
  • Allah tidak suka kepada orang yang sombong
  • Nilailah diri kita sendiri terlebih dahulu sebelum kita menilai orang lain.

Dengan ini sekian dahulu cerita saya untuk kali ini, wabillahitaufiq walhidayah……………………..

p/s: teks cerita ini pernah digunakan oleh murid sekolah aku ketika MTQ Tahun 2010 Peringkat Zon Utara, Ranau, Sabah.

2 responses to “Kepintaran Lukman Al-Hakim

  1. Sekedar Info:
    Ada buku baru dan menarik tahun ini tentang Siapakah Luqman dalam sejarah, judulnya:

    “LUQMANUL HAKIM ADALAH SOCRATEES BERKULIT HITAM”
    tulisan Muhammad Alexander (Wisnu Sasongko)

    Buku ini adalah buku pertama di dunia yang berjaya membongkar misteri sosok Luqmanul Hakim dalam sejarah. Daripada kajian yang dijalankan oleh penulis, ternyata Luqmanul Hakim adalah ahli falsafah Athens, iaitu Socrates (469-366 SM).
    Tradisi hadith menyatakan Luqmanul Hakim merupakan lelaki berkulit hitam (keturunan negro) dan bekas hamba sahaya. Tetapi Socrates yang selama ini dikenal sebagai pencetus atau bapa falsafah barat, dipercaya berketurunan kulit putih Eropah. Jelas sekali perkara ini bertentangan dengan fizikal Luqmanul Hakim.
    Menerusi kaedah perbandingan Sinkronik-Diakronik, analisis kandungan, analisis bingkai, dan analisis komponen semantik, Muhammad Alexander @ Wisnu Sasongko menemukan adanya dua persamaan:
    Pertama – Bentuk fizikal Socrates sama 100% dengan Luqmanul Hakim, iaitu berkulit hitam dan bekas hamba abdi
    Kedua – Ajaran falsafah Socrates memiliki tematik sama 100% dengan nasihat Luqmanul Hakim dalam Al-Quran, menerusi surah Luqman.
    Kandungan Isi buku:
    . Pendahuluan
    . Terjemahan Surah Luqman
    . Sejarah Hidup Socrates dan Falsafahnya
    . Garis Masa Yunani kuno
    . Socrates Berkulit Gelap Keturunan Afrika di Yunani
    . Socrates adalah Hamba kepada Alcibiades
    . Socrates Ahli Hikmah dan Pencari Hikmah
    . Socrates Mengajar Manusia supaya Bersyukur kepada Allah dengan Cara Mengenali Diri Sendiri dan Sembahyang
    . Nasihat Socrates supaya Tidak Menyekutukan Allah
    . Socrates Berpesan supaya Lamprocles (Anaknya) Berbakti kepada Ibu Bapa
    . Socrates Percaya Tuhan akan Membalas Semua Perbuatan Manusia
    . Socrates Mengajak kepada Kebaikan dan Mencegah Kejahatan
    . Kesabaran dan Kawalan Diri Socrates
    . Usah Sombong
    . Socrates Mengajak Hidup Bersederhana
    . Tuhan Memudahkan Segala-Galanya untuk Manusia
    . Socrates Dihukum Mati Menelan Racun sehingga Digelar “Luqman”
    . Mencari Maksud Kata Nama Socrates dan Luqman
    . Menuju Pemurnian Falsafah Socrates
    . Kesimpulan: Socrates (469-399 SM) adalah Luqmanul Hakim dalam Sejarah
    Buku & versi ebook boleh dibeli di sini: http://pts.com.my/buku/luqmanul-hakim-adalah-socrates-berkulit-hitam/

  2. Secara umumnya, buku ini ditulis oleh Wisnu Sasongko @ Muhammad Alexander berasal daripada Indonesia. Setakat ini beliau telah menulis sebanyak 4 buah buku yang tebalnya sekitar 700 muka surat semua sekali.

    Secara zahirnya, buku ini ada tiga bahagian. Bahagian pertama bertajuk ‘Mengenali Socrates’ yang mengandungi 5 bab. Bahagian kedua bertajuk ‘Hikmah Socrates’ yang mengandungi 10 bab. Dan bahagian ketiga bertajuk ‘Kematian Socrates’ yang mengandungi 3 bab dengan 1 bab Kesimpulan.

    Secara ringkasan isinya, buku ini mencari siapakah di sebalik Luqman al-Hakim yang Allah SWT bicarakan dalam al-Qur’an. Penulis yakni Wisnu Sasongko meletakkan calon Luqman iaitulah Socrates. Umum mengetahui bahawa Socrates adalah ahli falsafah Yunani silam yang hidup sekitar 400-300 SM. Banyak penulis Barat menyifatkan beliau sebagai seorang yang berkulit putih seperti bangsa-bangsa Yunani yang lain. Malah, beliau juga dikaitkan dengan tuduhan sebagai seorang lelaki yang melawan tabiinya dan beragama paganisme (politeisme) seperti anutan bagsa Yunani ketika itu. Namun, Wisnu Sasongko berusaha mengemukakan hujahnya bahawa Socrates bukanlah seperti yang disifatkan penulis Barat, malah beliaulah calon Luqman al-Hakim dalam al-Qur’an. Buktinya diutarakan dalam dua sudut. Pertama, sudut fizikal sebenar Socrates; dan kedua, kaedah Socrates berfalsafah.

    1. Socrates adalah lelaki berkulit hitam, berbibir tebal, berhidung kemek, anak kepada seorang hamba dan seorang hamba abdi. Dalam bahasa mudah beliau berketurunan Negro.
    Hal ini dilihat dalam sebuah Hadith Rasulullah SAW bahawa Luqman al-Hakim yang hidup di zaman Nabi Daud adalah seorang yang berkulit hitam. Memang terdapat khilaf antara ulama Hadith tentang kesahihan Hadith tersebut. Namun, WS menyatakan bahawa Hadith tersebut adalah sahih. Sebagai bukti, sila Google imej Socrates dan anda akan dapati wajahnya berbeza dengan Plato, Aristotle dll.

    2. Socrates adalah seorang ahli falsafah yang suka menyampaikan kebenaran atau persoalan ketuhanan melalui kaedah soal-jawab atau kaedah dialektik.
    Hal ini dilihat dengan keselarasan antara isi kandungan al-Qur’an dengan hikmah-hikmah yang disampaikan (didakwah) oleh Socrates kepada anak-anak muda Athens. Ucapan-ucapan ini dibukukan semula oleh beberapa orang muridnya antaranya Plato dan Xenophon. Kesemua nasihatnya dilihat selari dengan isi kandungan al-Qur’an.

    Persoalannya, bagaimanakah Socrates dikatakan seorang penganut paganisme? Mengapakah beliau dituduh sebagai lelaki berperilaku luar tabii? Dari manakah Socrates mendapat ilmu ketuhanan sekiranya benar dia seorang monotheisme? Apakah sebab utama penulis Barat menyembunyikan identiti beliau seorang berkulit hitam? Malah di akhir hayatnya dia dihukum bunuh oleh pemerintah Athens, mengapakah ia berlaku? Untuk menjawab persoalan-persoalan ini, silalah beli dan baca sendiri buku ini. Wisnu Sasongko buat buku ini agar kalian beli dan membacanya, insha-Allah tak rugi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s