Penasihat Kewangan Atau Penasihat Pinjaman?

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera.

Mungkin kat luar sana masih ramai yang terkeliru dengan penggunaan meluas istilah atau gelaran ‘Penasihat Kewangan’ yang digunapakai oleh sesetengah pihak.

Berikut adalah antara tawaran daripada mereka yang mendakwa memberikan khidmat nasihat kewangan :-

“Kami penasihat kewangan untuk kakitangan kerajaan, swasta & peniaga. Kami membantu pelanggan mendapat pinjaman peribadi ataupun perniagaan dari koperasi dan bank.”

Jika diamati dan diperhatikan jelas sekali kenyataan di atas merujuk kepada kemudahan pinjaman dan bukannya nasihat kewangan.

Tak salah membuat pinjaman jika kita tahu menggunakannya dengan betul, tetapi malangnya ramai yang tidak diberikan ilmu pinjaman dan pengurusan hutang yang betul sebaliknya hanya disogok dengan pinjaman kewangan semata-mata.

Akibatnya lebih ramai yang menggunakan hutang untuk tujuan yang tidak menguntungkan mereka sehinggakan lebih ramai yang jatuh miskin.

Sedangkan jika kita ada ilmu pengetahuan pengurusan pinjaman dan hutang, ianya boleh membantu kita menjadi sebaliknya bahkan boleh meningkatkan kekayaan kita!

Sebab itulah dalam ebook Kewangan Peribadi hasil tulisan Khairulnahar a.k.a Thinkerich, beliau ada berkongsi satu bab yang cukup istimewa iaitu ‘Hutang Sebagai Alat Kekayaan’

Boleh baca melalui link berikut:-

http://bit.ly/personalfinancial

Berbalik kepada istilah ‘Penasihat Kewangan’ tadi, lebih ramai orang yang akan keliru dengan kewangan mereka jika perkara sebegini tidak dibendung…

Ramai yang masih berjumpa dengan pegawai bank untuk mendapatkan nasihat kewangan yang akhirnya memberikan mereka produk pinjaman dan bukannya nasihat kewangan.

Bukan menyelesaikan masalah sebenarnya, sebaliknya menambahkan beban pula akhirnya.

Namun sejak kebelakangan ini, berlaku perkembangan yang agak baik, di mana sudah wujud kesedaran dikalangan institusi perbankan yang mula menyediakan perkhidmatan Perunding Kewangan Peribadi di bank masing-masing.

Walaupun mereka masih menjual produk kewangan mereka, namun sekurang-kurangnya mereka masih memberikan khidmat nasihat kewangan peribadi yang menyeluruh…

Jadi jika anda ke bank atau syarikat kewangan anda perlu tahu membezakan antara pegawai kredit (pinjaman) dengan pegawai perunding kewangan peribadi.

Ini kerana masing-masing mempunyai kepakaran yang berbeza, satu yang pakar dalam memberikan khidmat nasihat tentang hutang pinjaman dan yang satu lagi pakar dalam memberikan khidmat nasihat kewangan (sudah tentu sambil menjual produk mereka)

Untuk mendapatkan Ilmu Kewangan Peribadi yang Menyeluruh boleh baca melalui link berikut :

http://bit.ly/personalfinancial

One response to “Penasihat Kewangan Atau Penasihat Pinjaman?

  1. Peringatan yang amat baik dan boleh dijadikan pedoman semua. Jangan mudah tertipu dengan ‘penasihat kewangan’. Silap2 jadi pemusnah kewangan🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s