Assalamualaikum WBT dan salam sejatera.

Buku perancangan kewangan yang pertama sekali saya baca ialah Jutawan Dari Planet Jupiter oleh Azizi Ali. Buku kedua ialah Rancang Wang Dari Sekarang oleh Pakdi. Selepas itu bermulalah musim saya fokus membeli buku-buku berkaitan kewangan terutama buku terjemahan oleh PTS yang berkaitan dengan Robert Kiyosaki seperti Rich Dad Poor Dad dan yang sewaktu dengannya.

Dengan itu juga saya dapat tahu “hutang” ibarat pisau bermata dua yang tajam kedua-dua sisinya dan hutang juga ada dua jenis iaitu “hutang baik/good debt” atau “hutang jahat/bad debt”.

Hutang baik : mana-mana hutang yang digunakan untuk membeli aset atau harta yang naik nilainya. Contohnya beli rumah/hartanah untuk disewakan, di mana kita dapat cashflow dan peningkatan harga aset.

Hutang jahat: mana-mana hutang yang kita guna untuk membeli aset yang susut nilai. Contoh berhutang untuk beli kereta guna sendiri, beli tv plasma guna kad kredit, dan yang sewaktu dengannya.

Orang yang bijak akan menggunakan hutang (hutang baik) sebagai leverej. Leverej untuk lebih berjaya dalam bisnes (semoga jadi orang kaya yang bertakwa).

Pinjaman atau hutang ini juga boleh diguna untuk mengembangkan perniagaan dan membeli hartanah.

Sebelum ini saya ada membeli DVD Panduan Bisnes Kereta Sewa dari Tuan Wahi, dengan dvd itu saya sudah mempunyai teori bagaimana hendak berbisnes kereta sewa, tinggal nak praktikal sahaja lagi. Tentang pinjaman pula Tuan Wahi ada menerbitkan buku fizikal bagaimana senang untuk mendapatkan pinjaman, tetapi ingat! Gunakan hutang untuk hutang yang baik sahaja ya.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s