Tentang saya.

101908-1302-balikrayake3.jpgNama saya Mohd Azril bin Mohamed Salleh. Sekarang ini menetap di Pulau Indah, berasal dari Sungai Besar, Selangor. Dan bertugas sebagai Guru Pendidikan Islam (Program j-QAF) di Sek. Keb. Pulau Indah 2 Bandar Armada Putra.

Status, telah berkahwin dengan seorang guru iaitu Nur Amirah Atiqah, mengajar di Sekolah Menengah Agama Al-Irsyadiah, Marakau, Ranau, Sabah Negeri Di Bawah Bayu.

Hobi, suka membaca buku-buku berkaitan pengajian dan pendidikan Islam, motivasi, pengurusan, biografi, komputer dan apa sahaja penulisan yang bermanfaat.

Pendidikan terakhir ialah di Institut Agama Islam Negeri Sulthan Syarif Qasim, Pekanbaru, Riau, Sumatera, Indonesia. Mengambil studi di Fakultas Syariah, jurusan Perbandingan Mazhab dan Hukum. Dan mengambil Diploma Pendidikan dalam Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (Sekolah Rendah) Program j-QAF di Institut Perguruan Teknik Cheras Kuala Lumpur.

Terkini!
Alhamdulillah sekarang den dah pindah ke Ranau, insyaAllah akan mengajar di Sekolah Kebangsaan Lohan Ranau.

Terkini! Setelah 7 tahun bertugas di Ranau, kini berpindah pula di Tawau dekatlah dengan kampung isteri.

4 responses to “Tentang saya.

  1. dah ada orang baru ker

  2. assalamualaikum..minta maaf..isteri en.azril sememangnya berasa kg marakau ke..kampun daerah lain..sebab saya ni asal kat kampung marakau

  3. rumah bapa saudara saya (en kibin) bersebelahan dgn Sekolah Menengah Agama Al-Irsyadiah, Marakau, Ranau, Sabah Negeri Di Bawah Bayu.

Leave a reply to Mohd Azril Cancel reply